Sunday, August 21, 2011

Pro dan kontra menjadi single!

Salam...

lama jugak aku tak tengok blog aku yang baru setahun jagung ni.
dari khamis sampai ahad aku kena pergi UPM.
Kem induksi PERSADA kebangsaan 2011~
kem yang sememangnya exhausting gila babas!
alhamdulillah dah habis...

berbalik kepada tajuk aku ni,
kelebihan menjadi single memang dah banyak di uar-uar kan sebelum ni,
tapi kekurangannya ? ? ?

sape2 yang tengah hot berkapel tu mesti la nak back up kelebihan kan...
bagi orang yang single lagi, of course la nak back up kekurangan,
kalau boleh nak highlight semua point kat situ.
apa2 pun, jom kita baca~





5 KELEBIHAN PEMEGANG STATUS SINGLE

KEWANGAN
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

KAWAN
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

KEBEBASAN
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

TIDAK BANYAK MASALAH
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

KURANG TANGGUNGJAWAB
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.



5 KEKURANGAN PEMEGANG STATUS SINGLE

SUNYI
Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripada berasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.

RENDAH DIRI
Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan pasangan lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.

TIADA SUMBER INSPIRASI
Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.

MASALAH DITANGGUNG SENDIRIAN
Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.

KASIH SAYANG
Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.

sumber daripada:


No comments:

Post a Comment