Monday, August 22, 2011

My karya #5

salam...



ni la antara lukisan yang aku agak tak berapa nak suka.
sebab warna dia sangat ... err..
terang kot.

kan selalu kalau aku lukis gambar tempat aku lukis time malam,
jadi warna dia itam or blue black je.

^^

kalau korang ada yang tertanya2 apa benda yang bulat hitam kat bawah pokok kelapa tu,
tu sebanarnya buah kelapa yang dah jatuh.
maaflah kalau tak dapat dikenal pasti.
hahaha~



Sunday, August 21, 2011

Pro dan kontra menjadi single!

Salam...

lama jugak aku tak tengok blog aku yang baru setahun jagung ni.
dari khamis sampai ahad aku kena pergi UPM.
Kem induksi PERSADA kebangsaan 2011~
kem yang sememangnya exhausting gila babas!
alhamdulillah dah habis...

berbalik kepada tajuk aku ni,
kelebihan menjadi single memang dah banyak di uar-uar kan sebelum ni,
tapi kekurangannya ? ? ?

sape2 yang tengah hot berkapel tu mesti la nak back up kelebihan kan...
bagi orang yang single lagi, of course la nak back up kekurangan,
kalau boleh nak highlight semua point kat situ.
apa2 pun, jom kita baca~





5 KELEBIHAN PEMEGANG STATUS SINGLE

KEWANGAN
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

KAWAN
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

KEBEBASAN
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

TIDAK BANYAK MASALAH
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

KURANG TANGGUNGJAWAB
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.



5 KEKURANGAN PEMEGANG STATUS SINGLE

SUNYI
Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripada berasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.

RENDAH DIRI
Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan pasangan lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.

TIADA SUMBER INSPIRASI
Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.

MASALAH DITANGGUNG SENDIRIAN
Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.

KASIH SAYANG
Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.

sumber daripada:


Wednesday, August 17, 2011

My karya #4

salam...



sebab hari ni wednesday...
kena wordless lah ea?



Monday, August 15, 2011

bila hati dah membara...!

salam...

korang rasa panas hati tak kalau korang jadi aku hari ni?

cuba korang bayangkan:

korang tengah relax2, memang dah rancang hari ni tak ada apa2 nak buat,
pastu ada orang datang ajak korang buat something yang dia rancang.
korang kata malas, tapi dia ajak dengan alasan korang cuma perlu tolong dia je.
so, korang pun buat la...

tapi belum pun sampai halfway,
dia dah pergi lepak2 dengan orang lain.
bergelak ketawa sambil canang yang dia ada project ongoing.
korang pulak masih mempertahankan kesabaran,
teruskan je la project tu sebab tak nak pembaziran bahan berlaku...

sampai masa project tu dah nak siap,
dia datang balik dan tanya,
'dah siap ke?'
as if dia tu boss korang.
pastu sambil tengok2 project yang dah nak siap dia kata lagi,
'hebat jugak aku ni...' sambil senyum2 bangga.

pastu korang cuba nak bawa dia ke dunia sebenar yang sebenarnya bukan dia yang buat,
tapi dia kata,
'kalau aku tak ajak, kau mesti tak buat kan... sama je la'

dan yang paling tak best,
bila dah siap dia canang lagi kat orang yang tu project dia
dan semua orang pun puji dia.

ok,
bukan aku nak dipuji tapi sapa tak suka appreciation?

apa agaknya yang korang rasa kalau korang jadi aku?
apa korang nak buat kat dia?

macam ni ke?


tembak dia banyak2 kali sampai lubang2 badan dia?

nanti tak pasal2 pulak aku masuk penjara,
sekaligus menaikkan statistik kes pembunuhan di malaysia...

hahaha~

moral of the story,
jangan la korang jadi macam 'dia' dalam cerita di atas,
korang berpotensi jadi mangsa bunuh!




Saturday, August 13, 2011

salam...

korang pernah terfikir tak sejauh mana kreativiti manusia dalam kejuruteraan?
kadang2 manusia ni terlebih pandai lah pulak sampai hasilnya jadi pelik!
sape2 yang bakal or dah pun jadi engineer tu,
tengok2 lah ye,
mana tahu boleh jadi inspirasi satu hari nanti...






bila tengok rumah ni, aku teringat pasal kucing dalam kasut but tu,
'kitten in the boot' ke apa ntah nama dia...
unik~





haa... tak payah gosok2 mata,
memang bangunan ni yang tak rata!
macam tengah melting pulak...





macam ni pun bolehhhhh~



kesimpulannya, imaginasi manusia memang pelik2!
tapi kadang2 yang pelik tu la yang menarik...
cuba tengok yang kat bawah ni pulak,
kalau boleh,
aku nak gak rumah macam ni sebijik bila dah besar nanti...











menarik memang menarik gak tapi kalau dah macam kat bawah ni...




Upside down house with Completed Furniture


OMG!
susah ni, tak jadi lah aku nak sebijik~
macam di luar tabi'i lah pulak kalau sampai mangkuk tandas pun nak inverted
macam mana pulak nak pakai nanti ? ? ?
err......

burung pun nak inverted jugak,
tengok ni!




eh, tapi ni rumah kelawar,
memang dia inverted pun...
hehehe~

^^

btw, gambar2 ni semua bukan hak milik aku tau...
saja je suka2 nak share kat sini.

P/S: kepada yang dah pernah tengok, korang tak kisah kan tengok dua kali?
jangan annoyed pulak... :)

Friday, August 12, 2011

My karya #3


salam...

ni lukisan aku yang aku lukis masa aku kene tinggal sorang2 kat bilik,
sama kes dengan lukisan 1st yang aku upload...
maybe sebab tu kot aku pilih tema 'lonely'...

='(

hahaha!
sebenarnya lukisan ni mengingatkan aku pada cerita harry potter~
ingat tak dalam 'harry potter and the chamber of secret',
pokok yang nama dia Whomping Willow tu?
pokok tu lah!

tapi pokok tu lagi la spooky dari yang aku lukis ni...
and semestinya jauh lagi cantik~
tapi sebenarnya aku memang suka lukis pokok mati,
sebab senang sikit
tak payah lukis daun banyak2.
hehehe...

dan lagi satu,
kalau korang tak dapat kenalpasti apa benda yang titik2 warna kuning tu,
sebenarnya aku berhajat nak lukis bintang tapi bila dah siap jadi peliklah pulak.
tak serupa bintang langsung~

Thursday, August 11, 2011

style tido pun ada maksud!

salam...

hari ni aku tak nak display karya aku,
kalau rajin lepas ni kot...

anda2 semua pernah rasa pelik tak kalau orang ngendap orang lain tido?
orang tidur pun nak ngendap... bukan dapat apa pun...
haaa.... DAPAT!
sebab melalui style tidur orang boleh teka personaliti orang lain...

sebelum korang fikir yang bukan2,
aku memang tak menyokong aktiviti mengendap orang lain tido!
tidak sama sekali!!
tapi aku nak korang try tengok apa yang aku letak kat bawah ni,
and check if it's really true.

ini hasil kajian, bukan ramalan~


kalau korang jenis macam ni,
try la kongsi masalah dengan orang lain...
mana tau lagi cepat setel, kan?





tak tau nak kata apa untuk jenis ni...
ehem, ehem!






wah, aku kenal orang yang tidur macam ni!
memaaang sebijik dengan dia~
hahaha! ^^






err.. tiba2 aku ngeri pulak nak dapat roomate yang tidur macam ni.
kalau korang jenis macam ni...
tolong la jangan mem'benar'kan description ni, ok?






korang macam ni ke???
relax2, bawak bertenang sikit...






pergh, tidur pun siap kuar love2 kat atas!
memang loving habisss...






best gila sape2 yang jenis macam ni.
sampai tidur pun bawak tabung,
n memang 'blessed with fortune' lah ni
hebat2...






hahaha! aku jugak kenal seseorang yang tidur macam ni~
yang spendthrift tu memang sesuai sangat lah,
tapi dia tak la kaki gosip sangat pun...
(at least bila dengan aku)



so?
ada jumpa style tidur korang kat atas?
(^.^)v


Wednesday, August 10, 2011

My karya #2


salam...

kali ni aku upload lukisan ni bagi besar sikit~
tapi jadi macam tak berapa sharp lah pulak...

kalau korang perasan mestilah korang perasan^^
ada tulisan 'loveless_night' kat bawah lukisan tu...
ni aku nak bagi announcement sikit :

memang takde kena-mengena dengan situasi aku
semasa melukis tu, aku saja je letak!

bukan apa, nanti ada pulak yang fikir bukan2 sebab apa yang aku tulis dalam lukisan tu,
dan kaitkan dengan aku pulak...
HAHAHA!
tidak sama sekali...

lukisan2 aku lepas ni pun akan ada tulisan,
sama jugak dengan lukisan pertama yang ada 'peace' tu,
tu sebenarnya perasaan yang aku fikir menggambarkan suasana lukisan tu.
cuma yang kali ni je terkeluar tajuk sikit...

My karya #1





Salam...

hahaha~ mesti korang fikir:
"ape la masukkan lukisan tadika dia kat blog..."

=="

maaf, sebenarnya ni bukan lukisan tadika tapi lukisan yang terhasil semasa saya bosan duduk bilik sorang2 ketika minggu balik kampung di matrikulasi....
ni la hasilnya bila dah boring semua roomate balik kampung, semua movie dah abes tengok, dan semua kerja yang lecturer bagi sila sambung ayat ini berdasarkan tahap kerajinan anda sendiri sebab saya tak serajin anda.

Dan kenapa tajuk entry ni 'My karya #1' dan bukan 'My karya' saja...
Sebab saya bakal upload lukisan2 merepek saya yang lain lepas ni.

P/S: melukis memaaaang seronok!

Monday, August 8, 2011

kita ni kawan ke?

salam...

'kita ni kawan ke?'
wah... apa perasaan anda kalau orang yang anda anggap kawan tiba2 cakap camtu, bukan nak buat lawak, tapi dia memang S.E.R.I.O.U.S!

nak terkesima?
nak nanges?
nak bagi penampo kat dia?
ke nak pasti kan hidup dia hancur dan dia takkan bahagia selama2nya? ok, sila abaikan yang ni

cuba baca ayat2 ni betul2 :

  • kawan yang paling rapat dengan kita tak semestinya kawan baik kita
  • kawan baik kita tak semestinya kawan kita yang paling baik
  • kawan rapat kita mungkin tak rasa kita ni kawan rapat dia
Confuse? okke... macam ni sebenarnya maksud aku...

  • kadang2 kita ada seorang kawan yang kita kongsikan segala masalah kita dengan dia , orang yang rapat la dengan dengan kita . tapi dia bukan kawan baik kita pun...
  • kawan kita ada yang baik dan ada yang tak berapa baik , tapi ada seorang kawan ni yang kita sangat sayang kat dia dan dia pun sayang kat kita , tapi dia bukan kawan yang perangainya paling baik kita pernah jumpa...
  • kita sangat rapat dengan sorang kawan kita ni , tapi bagi dia kita bukan yang paling rapat sebab dia ada kawan yang lebih rapat lagi dengan dia berbanding kita...

conclusionnya... tak payah la nak sentap sangat kalau kawan anda cakap ayat kat permulaan entry ni pada anda... kawan kan biar seribu , berkasih biar....short-term memory loss pulak...

sayangilah orang di sekeliling anda pasti orang di sekeliling anda sayang anda balik semula~

yang penting, aku sayang korang kalau korang komen or follow!





Sunday, August 7, 2011

salam...

time2 bulan puasa la aku mula teringatkan dia . aku terfikir...

'dapat ke aku jumpa dia tahun ni..?'

dia sangat sweet~ saya suka dia sangat2! saya x pernah dapat bawak dia balik rumah , lagi pedih bila saya nampak dia kat rumah orang lain , walaupun kadang2 orang lain tu tak menghargai dia sebaik saya...

kadang2 saya sengaja beraya kat rumah orang yang saya tak rapat sangat kalau saya tahu dia ada kat situ . walaupun kami dapat jumpa kat rumah orang lain , saya tetap gembira . sebab saya sangat sukakan dia .

....

geli tak? nak tahu siapa 'dia'?


Cornflakes madu!~

apa? pelik ke? memang la kat malaysia ni memang senang sangat nak dapat kuih ni . nak buat sendiri pun senang , tapi aku kena mengambil kira perkara2 lain... contohnya:

  • mak aku tu kencing manis... alangkan aku buat kek coklat pun dia tak kasik manis2 , kalau aku nak buat DIA ni yang sememangnya manis tahap petala 8 memang la dia tak restu...
  • bapak aku pun sama , tapi dia bukan kencing manis pun . tapi dia tak suka makan kuih yang dia rasa pelik (DIA ni termasuk dalam 'kuih pelik' dia)
  • tu je sebenarnya... saja nak letak 1 lagi bullet biar cukup 3
conclusionnya, hubungan aku dan DIA memang tak direstui orang tuaku!!!

memang sentap la bila tengok orang lain dapat makan kuih ni sampai kenyang , sebab aku selalu dapat layan DIA masa beraya kat rumah orang je...

P/S: maaflah kepada tuan rumah yang saya selalu licinkan kuih ni . . .

Tuesday, August 2, 2011

penat doe

salam...

hari ni baru la aku nak start settle kan dokumen2 nak masuk U. pagi td pukul 9 aku terus pegi klinik yang bapak aku cakap 'dipercayai turun-temurun' tu untuk buat medical check-up. sampai2 je sumer ok sampai la amoi kat depan tu cakap,

"nanti awak buat x-ray kat tee&tay aa... pastu buat blood test kat BP health care. Tee&Tay kat seberang jalan besar tu sebelah courts mammoth. BP kat depan ni, seberang jalan besar jugak..."

aku dah macam... pergh, ni nak test endurance aku sekali ke apa?

tapi sebab aku dah menebeng muka kat situ pastu dah isi borang entah apa, aku pun teruskan lah buat kat situ je... last2 setelah buat rombongan melintas ulang-alik jalan besar beberapa kali beramai-ramai, med check-up aku siap kul 12.40. pastu dengan sisa2 kehidupan, eh, sisa2 tenaga di bulan puasa, aku pegi pulak buat akaun kat CIMB.

kat CIMB jumpe la pulak sorang mamat ni, pak cik kaunter CIMB tu yang kenalkan... mamat ni yang tak diketahui namanya rupanya dapat UMS macam aku gak, and the most hilarious thing is, dia sama fakulti and course ngan aku... huhu... what a small world i live in actually.

pastu aku pegi pulak ambik gambar passport and teman mak aku beli frame gambar, BUKAN untuk framekan gambar passport aku! hmm... conclusionnya, penat. tu je..

apa kejadah aku pergi tulis pasal benda2 ni kat sini?