Baru je lepas tengok drama korea... huhu, dah tu, kalau dah namanya drama korea mesti la suweeet gila kan citer dia. memang macam terharu gila lah, wal hal takde kena mengena dengan aku pun. And then, pop out la idea nak tulis entry ni... sebab drama tadi tu cerita pasal actor laki yang gojess suka kat housewife yang x layan dia (episod ni je la). Nak gak la cerita satu kisah ni, tapi nama watak dah pun diubah bagi menjaga privasi masing2...
Sooo, bermula lah al-kisah...
Ada sorang girl ni nama dia A. And sorang boy ni nama dia Z. A ni memang la jenis yang suka perhati orang sekeliling diam2. Z pulak jenis yang memang tak boleh duduk diam, semua dia nak buat, yang baik(tolong cikgu, buat aktiviti kelas) sampai la yang nakal(ponteng kelas, pegi mengurat awek kelas sebelah) dan macam2 lagi...
Entah macam mana, A ni boleh pulak terjatuh suka kat Z. Cinta monyet la tu... Then, dia pun selalu la perhati Z. And nak dijadikan cerita, A perasan yang Z suka sangat makan 1 jenis gula2 ni. lupa nama dia.... Dia pun belilah stok gula2 tu dan plan nak bagi senyap2 setiap hari. Maka dia pun menjalankan plan-nya...
Hari pertama, Z tak masuk2 pun kelas prep, tapi gula2 tu dah lesap... ??
Hari ke2, Z masuk kejap tapi dia x perasan ada gula2 tu kat atas meja...
Hari ke3, kawan Z yang duduk sebelah dia kebas. Entah2 hari 1st pun dia yang ambik... haha
Hari ke4, terlambat masuk masa prep malam, tak dapat letak atas meja Z. tapi hari ni la pulak Z nak bertapa dari pukul 8 sampai 10 kat kelas... hahaha
Hari ke5, prep malam kat library... A tak bagi pun.. patah harapan kott...
tapi masa hari ke5 ni, something happened yang memang bagi sentap ulu jantung A. Junior dia diam2 panggil dia keluar library, dia kata nak cakap sikit. pastu dia kata dia nak kirim salam kat Z!
Terkesima sekejap si A ni, tapi senyum buat muke bodo je la dan setuju. Pastu dia pun cakap la pada Z. Z pulak senyum, lagi la sentap macam nak tanggal ulu jantung A ni~ hehe...
A ingatkan habis masa tu je, tapi si junior ni pulak dah buat A macam orang tengah. makin lama makin parah siap bernanah-nanah la ulu jantung si A ni. kenapa dia tak refuse dari terus jadi orang tengah... aku pun tak tahu lah. korang tanya la dia sendiri...
Sampai la last2 si junior ngan Z pun dengan official-nya jadi couple terhangat masa tu, dengan bantuan A yang tengah frust menonggeng...
punyalah romantik couple ni siap boleh kumpul sampul gula2 yang pasangannya bagi. Rupanya dua2 suka gula2 yang sama... gula2 yang A masih ada stok yang banyak dalam loker dia.
A pun malas nak fikir sangat, sampai lah satu hari tu, dia kena satu kumpulan dengan Z. And masa group tu dah balik tinggal mereka dua orang je, Z pun cakap sambil sengih2...
"terima kasih lah ye sebab sponsor gula2 masa aku nak ngurat H**** dulu"
......
Kesimpulannya, korang fikir la sendiri pro dan kontra nya cinta monyet ni~
No comments:
Post a Comment