Sunday, July 31, 2011

dah puasa ni wei!

salam...

pejam celik, pejam celik, dah sampai bulan puasa lagi sekali...macam masih teringat-ingat time aku nak roomate aku pegi terawih tiap2 malam tahun lepas, tau2 je dah puasa balik. memang betullah sekarang ni masa bergerak pantas, akhir zaman...

sebab dah bulan puasa, ni jugak menandakan aku tinggal lebih kurang sebulan je nak duduk rumah sebelum aku fly ke sabah 4 tahun. lepas tu nanti kena lah aku pandai2 sendiri nak hidup.

malam tadi semangat betul anak sedara aku nak puasa, last2 sampai sekarang pun tak bangun2 lagi... hmmph... baru 4 tahun la katakan. apa la yang dia tau... mak siap masakkan nasik untuk dia makan tengahari lagi tu yang tak tahan, nampaknya memang takde maknenye la dia nak puasa penuh tahun ni. kalau dapat sehari dua pun dah cukup baik la tu...

korang pernah tak ponteng puasa??? jawab, jangan tak jawab!

aku tak pernah la ponteng puasa, kalau aku tak nak puasa tu aku memang tak puasa terus dari pagi, ni masa tadika eh... eh, jap! adalah sekali aku ponteng puasa, masa tu darjah 1. aku minum air lepas balik sekolah. last2 rasa bersalah sampai hari raya sebab ponteng, tapi aku tak bagitau orang lain pun... hehe

hmm... harap2 puasa tahun ni best la, sebab lepas ni aku memang tak kan puasa penuh kat rumah macam ni lagi... :) korang pun tau... tak de apa2 lagi nak tulis...

bye~

Friday, July 29, 2011

William Shakespeare 15

salam...

korang suka karya klasik? bila aku cakap klasik, memang maksud aku yang klasik gila sampai jumpe words yang pelik2... kalau suka, nah, try baca ni... pak cik william yang tulis, bukan aku tau...

SONNET #15

by: William Shakespeare

      HEN I consider everything that grows
      Holds in perfection but a little moment,
      That this huge stage presenteth nought but shows
      Whereon the stars in secret influence comment;
      When I perceive that men as plants increase,
      Cheerèd and checked even by the selfsame sky,
      Vaunt in their youthful sap, at height decrease,
      And wear their brave state out of memory:
      Then the conceit of this inconstant stay
      Sets you most rich in youth before my sight,
      Where wasteful Time debateth with Decay
      To change your day of youth to sullied night;
      And, all in war with Time for love of you,
      As he takes from you, I ingraft you new.

      Karya lama2 ni memang banyak maksud tersirat kan?
      kaji lah sendiri kalau rajin...
      Aku saja je nak promote pak cik ni...


cinta monyet malu

Salam...

Baru je lepas tengok drama korea... huhu, dah tu, kalau dah namanya drama korea mesti la suweeet gila kan citer dia. memang macam terharu gila lah, wal hal takde kena mengena dengan aku pun. And then, pop out la idea nak tulis entry ni... sebab drama tadi tu cerita pasal actor laki yang gojess suka kat housewife yang x layan dia (episod ni je la). Nak gak la cerita satu kisah ni, tapi nama watak dah pun diubah bagi menjaga privasi masing2...

Sooo, bermula lah al-kisah...

Ada sorang girl ni nama dia A. And sorang boy ni nama dia Z. A ni memang la jenis yang suka perhati orang sekeliling diam2. Z pulak jenis yang memang tak boleh duduk diam, semua dia nak buat, yang baik(tolong cikgu, buat aktiviti kelas) sampai la yang nakal(ponteng kelas, pegi mengurat awek kelas sebelah) dan macam2 lagi...

Entah macam mana, A ni boleh pulak terjatuh suka kat Z. Cinta monyet la tu... Then, dia pun selalu la perhati Z. And nak dijadikan cerita, A perasan yang Z suka sangat makan 1 jenis gula2 ni. lupa nama dia.... Dia pun belilah stok gula2 tu dan plan nak bagi senyap2 setiap hari. Maka dia pun menjalankan plan-nya...

Hari pertama, Z tak masuk2 pun kelas prep, tapi gula2 tu dah lesap... ??

Hari ke2, Z masuk kejap tapi dia x perasan ada gula2 tu kat atas meja...

Hari ke3, kawan Z yang duduk sebelah dia kebas. Entah2 hari 1st pun dia yang ambik... haha

Hari ke4, terlambat masuk masa prep malam, tak dapat letak atas meja Z. tapi hari ni la pulak Z nak bertapa dari pukul 8 sampai 10 kat kelas... hahaha

Hari ke5, prep malam kat library... A tak bagi pun.. patah harapan kott...

tapi masa hari ke5 ni, something happened yang memang bagi sentap ulu jantung A. Junior dia diam2 panggil dia keluar library, dia kata nak cakap sikit. pastu dia kata dia nak kirim salam kat Z!

Terkesima sekejap si A ni, tapi senyum buat muke bodo je la dan setuju. Pastu dia pun cakap la pada Z. Z pulak senyum, lagi la sentap macam nak tanggal ulu jantung A ni~ hehe...

A ingatkan habis masa tu je, tapi si junior ni pulak dah buat A macam orang tengah. makin lama makin parah siap bernanah-nanah la ulu jantung si A ni. kenapa dia tak refuse dari terus jadi orang tengah... aku pun tak tahu lah. korang tanya la dia sendiri...

Sampai la last2 si junior ngan Z pun dengan official-nya jadi couple terhangat masa tu, dengan bantuan A yang tengah frust menonggeng...

punyalah romantik couple ni siap boleh kumpul sampul gula2 yang pasangannya bagi. Rupanya dua2 suka gula2 yang sama... gula2 yang A masih ada stok yang banyak dalam loker dia.

A pun malas nak fikir sangat, sampai lah satu hari tu, dia kena satu kumpulan dengan Z. And masa group tu dah balik tinggal mereka dua orang je, Z pun cakap sambil sengih2...

"terima kasih lah ye sebab sponsor gula2 masa aku nak ngurat H**** dulu"

......

Kesimpulannya, korang fikir la sendiri pro dan kontra nya cinta monyet ni~

New direction.. ?

ceh , tengok tajuk dah macam ala-ala glee la pulak... wateva , knape la tetibe new direction pulak ni kan ? well , actually i will change my whole life this september. swaying from my dream and trying to let go of it... seriously , it hurts even more because this is my first-seriously-pursued dream. apa lah agaknye yang aku nak sangat ni kan ?

hmm.. untuk orang macam aku ni xkan la pulak dream aku nak jadi rockstar kan , sebenarnye aku mmg nak sangat study biomedic... lebih2 lg kat UPM ceh,ceh, macam dah hebat sangat lah tu nak pegi research university? memang dah sejak masuk matrikulasi lagi aku dah ada impian nak kaji pasal penyakit, lebih2 lg yang pasal genetik... what's up for the smirk? yes, my dream is verrryy boring, indeed... well, that's just like me. sape2 yang kenal aku korang tau la aku ni macam mana kan, don't bother urself by trying to imagine me, it's not worth it.

course yang aku dapat ni pun xlah teruk sangat pun. Foodtechnology and bioprocess kat Universiti Malaysia Sabah. maybe this is my opportunity to widen my world and explore more, just like what my primary school teacher told me, 'kadang-kadang kita rasa dunia x adil pada kita, kalau kita terus fikir macam tu sebenarnya kita yang x adil pada diri sendiri. kita kena teroka dunia yang x adil tu, dan kita akan tau semua tu ada hikmahnya' bak kata omputeh, every clouds has a silver lining... kau ingat ni essay ke, kalau letak peribahasa dapat markah lebih?

Baru tadi ni aku baca blog kawan aku, marina nama dia... kalau korang nak tau, dia ni kat no 2 dalam list orang2 yg aku rasa mengagumkan setakat ni... kalau si marina ni baca, jgn kembang sangat tau... dia ni memang jenis yang aku susah nak tak suka, positive, brave, a smile bank, and the words that she said always makes me feel as if i'm so rude to be compared to her... she's so polite. and of course, my favourite characteristic in her, matured... :) dia ni pulak dah pun fly ke indon sebab nak buat medic, congratz la sebab dapat selangkah lebih dekat pada impian dia nak jadi doctor.

Hmm... kalau korang perasan la kan, ni post aku yang ke3... baru 3??? sebab tu la tulis pun lari tajuk, dah tu melalut macam budak darjah 1 yang tulis. memang nampak sangat la aku ni x pandai berbelog ni... ok la, hopefully lain kali aku boleh improve sikit tulisan aku kat sini, supaya aku sendiri yang baca pun x boring macam sekarang ni...

Thursday, July 28, 2011

malaysian and food

hai... sape suke makan ? ? ? tak salah pun kalau anda suke makan, bukan nak marah pun. lagipun makan tu penting apa... tapi yang x bagus nya... bila dah ada 'tapi' ni lah intonasi nak jadi lain sikit ek kadang-kadang orang malaysia ni TERLEBIH makan. sampai sakit-sakit bukan sebab x cukup makan, tapi terlebih makan! selalu merungut harga barang naik lah, minyak kereta naik lah, tapi makan still tak nak control. kalau boleh masa pergi restoran tu, semua lauk dia nak order. makan tak ingat dunia, pastu bukan habis pun, last2 melayang je makanan tu semua kat tong sampah. yela... tak kan lah tuan kedai tu nak jual balik pulak kan, ada pulak yang kena saman nanti...

cuba lah kita ni muhasabah diri sikit, kat malaysia ni memang la makanan senang nak dapat, JANGAN membazir la. beringat sikit. cube bukak TV tu jangan asyik tengok entertainment je, cuba risik2 sikit khabar orang2 kat tempat2 yang selalu kebuluran tu. nampak tak betapa sepotong roti yang kita selalu pandang sebelah mata tu, mereka sanggup berebut-rebut nak dapatkan, sampai ada yang mati kena pijak pun ada. cuba anda fikir, apa yang mereka akan buat kalau mereka nampak amalan yang orang2 kita ni selalu buat pada rahmat tuhan yang dipanggil rezeki.. ? ? ? syukurilah nikmat tuhan tu... kita tak tahu bila2 masa mungkin kita akan jadi macam mereka yang kurang bernasib baik tu, nanti masa tu lah baru nak rasa menyesal. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.... rasakan!



rainy day...

is it just me or rainy day really can make us sluggish ? well , it especially applied today. i don't know why , i woke up late this morning just to find out that the tapping sound of raindrops on the roof sounds like an appeal for me to sleep more . and then... i woke up quickly because there's a loud thunder that sounds like it want to slap me to wake me up . a very sluggish start for a typical friday.

this just bring up my memories about rain. i still remember back then when i still in my primary school. i attend an evening class for my religion school.. sekolah agamalah! I have to walk from my school to go home and it's already raining cats and dogs. and the worst part is, i didn't bring my umbrella just because the sun was shining very-very proudly hours before.

so i decided to walk in the rain... yup, just walk like it's nothing. but it's far from nothing! the moment i start to walk, a bike get past me and did a very good job splashing mud all over my cloth. i was like.... what? am i this pathethic? so i just like... biarlah, alang-alang kotor biar je lah... then i walk to my house just to find out that my relative is visiting and i had to greet them in a very pathethic form. i wish i am invisible at that time! so embarassing...